Assalamualaikum..
Selepas sekian lama..
Baru ad masa utk post..
Persoalannya,
Mahu mendekatkan seseorang dengan Islam?
Xkira lah samaada orang non-muslim yang mahu menyelami Islam atau muslim yg rasa dirinya terpesong dan mahu kembali kepada Islam yg sebenar...
Mana cara yang terbaik?
Untuk menasihati dan menegur?
SITUASI 1: WANITA YG TIDAK MENUTUP AURAT
TEGURAN 1 :
"Kau tak takut ke??
Hot memang hot tapi hot lg neraka tu, ko nak jadi ahli neraka ke pakai camtu??"
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya
itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai
buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan
mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar
punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat
akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh
perjalanan demikian dan demikian.”
(Riwayat Muslim)
TEGURAN 2 :
"Aku tahu kau pakai camtu untuk bt org suka tapi adakah lg bagus kalo kita pakai pakaian yg disukai Allah?"
"Allah suka orang yg menutup aurat.
Jadi jom usaha untuk menutup aurat..
Mula dengan rambut dgn memakai tudung
Selepas itu baju yg tidak ketat dan menampakkan susuk tubuh
& seterusnya kita bincang nanti.."
Step by step, kita cuba dekatkan diri dengan Allah dgn berpakaian yg baik & menutup aurat..
Kan kita tahu, "Seindah-indah perhiasan dunia ialah wanita yg solehah"
Antara wanita yg solehah adalah wanita yg menutup aurat, jadi xsalah kita cuba mendekati untuk menjadi wanita yg solehah..
Dalam konsep seorg wanita menegur saudara wanita yg lain
(Ini cara yg digalakkan)
PENDAPAT BERKENAAN DUA-DUA TEGURAN
Memang tidak dinafikan dua2 teguran ingin menyeru saudari tersebut untuk menutup aurat yg bezanya cuma cara..
TEGURAN 1:
Mungkin itu adalah jalan yg paling mudah, tapi adakah itu cara yg terbaik??
Isi hati manusia hanya Allah yg tahu.
Kita tidak tahu sebab musabab dia menjadi demikian.
Mungkin terdetik dalam hati dia untuk berubah tetapi apabila ditegur demikian, dia makin konfius dan membatalkn niat dia.
Dia juga mungkin tidak mendengar teguran yg nk disampaikn kerana dipenuhi dgn perasaan marah.
Jadi teguran anda mgkin sia-sia.
Adakah kita menegurnya dengan gaya menghukum atau menasihatnya secara berhikmah..
Mungkin secara tidak sengaja kita menghukum org lain dengan mengingati tentang hukuman Allah terhadap kesalahan yg dilakukan, Walhal, dia mungkin masih mampu untuk berubah walaupun seteruk mana perangai dia.
TEGURAN 2:
Si dia mungkin akan berdiam diri, atau ad sedikit melawan tetapi motif teguran kita bukan untuk menyuruh dia berubah on the spot. Kita mengharapkan supaya apa yg kta bgtahu akan terlintas dalam fikirannya dan membuatkan dia berfikir.
InsyaAllah, dia akan berubah..Hidayah kan milik Allah
Sama-sama kita doakan agar diberi hidayah.
KESIMPULAN
Masih banyak cara yg baik n produktif untuk menegur, jadi cuba elakkan jalan yg mudah..
Ingat bila-bila masa sahaja seorang hamba boleh bertaubat & diampunkan dosa-dosa.
Kita sebagai manusia xberhak untuk menjadi batu penghalang pada mereka dari pintu taubat.Bukan kita yg tentukan taubat itu diterima atau tidak, hanya Allah sahaja yg tahu..
Ad satu kisah yg menarik yg boleh dijadikan panduan...
Mengisahkan berkenaan cucunda Baginda Muhammad s.a.w,
Saidina Hasan dan Saidina Husin telah menegur seorang pakcik tua, di mana
pakcik tersebut telah melakukan kesilapan dalam wudhuknya, kiranya
wudhuk pakcik itu kurang sempurna,ada anggota wudhuk yang tidak dibasuh
dengan betul.
Kita sebagai umat Islam, Jika ternampak saudara kita melakukan kesilapan di depan mata kita, hendaklah kita menegur mereka..
Oleh itu, Saidina Hasan dan Saidina Husin mendapat idea untuk menegur pakcik itu dengan cara yang berhikmah..
Begini caranya:
Mereka berdua berpura-pura bertikam lidah..
Saidina Hasan berkata: Wudhuk saya sempurna,wudhuk kamu yang salah dan banyak yang tidak sempurna
Saidina Husin Pula Berkata: Tidaklah,Wudhuk saya betul,sudah sempurna, wudhuk kamu yang salah
Pertelingkahan mereka berdua didengari pakcik tadi,dan Pakcik tersebut menegur mereka,cuba meleraikan kekusutan yang terjadi
Pakcik Tua: Ok2, cuba kalian ambil
wudhuk semula,biar pakcik yang tengok dan pastikan..sama ada wudhuk
siapa yang sempurna,dan wudhuk siapa yang tidak sempurna
Saidina Hasan dan Saidina Husin pun mengambil wuduk,dan kedua-duanya mengambil wudhuk dengan sempurna
Pakcik Tua: Urmm...(Ak yg silap rupanya)
Terima kasih..
(Terus berwuduk dgn cara yg betul)
Lihat~
Mereka menegur tapi bukannya dengan cara
menghina pakcik tua itu.
Mereka menegur tapi bukan dengan cara mengherdik
dan menjatuhkan maruah pakcik itu
dan Alhamdulillah pakcik itu dengan senang hati, menerima teguran itu.
Kerana Teguran yang Berhikmah.
Wallahualam..
Kredit :
najasyakila