Sunday, September 1, 2013

Such A Rollercoaster Life


Life is like a rollercoaster,
When you feel really down,
Like there's no way to rise again,
Dont worry & dont ever give up,

Our chance to rise will come soon or someday.
& When we are in top condition,
Do not forget,
someday we may fall again.
So get ready to get up again.

Life have its Up's & Down's..
Sometimes we are on top and sometimes we are at the bottom.

P/S - It doesn't matter how many ups or downs in your life, what's matter the most is how you manage those situations.

InsyaAllah,
this is for me and family & friends.


http://www.vitamin-ha.com/wp-content/uploads/2013/07/Crazy-Roller-Coasters-13.jpg

Thursday, August 29, 2013

Al-Kahfi in Jumaah



Tawaran Hebat!

 Hanya dengan 20 minit (yang dipinjam dari Dia)
Boleh dapat kelebihan di hari Qiamat kelak..


Special Offer!

 For only 20 minutes (which are borrowed from Him)
Can get advantages in the Judgement Day..

 




Saturday, August 24, 2013

Aduhai Adinda...

Kesetiaan Kasih - Datuk Ahmad Mahmood & Datin Rafeah Buang

Aduhai adinda,
Dengarlah madah kekanda,

Aduhai adinda,
Dengarlah madah kekanda,

Tercurahlah cinta, ahai..
Nyawa padamu juga.

Aduhai kekanda,
Junjungan kasihku puja..

Hidup bersumpah setia,
Ahaii.. Sayang kekal bahagia


Jangan salah faham..
Lagu ni bukan jiwang-jiwang leleh..

Tapi kalo dihayati,
Lagu ini sebenarnya ditujukan kepada pasangan suami isteri..

Bayangkan, kalau suami isteri memujuk-mujuk sesama mereka dengan ayat-ayat jiwang..
Tidak salah bukan??

Baru la makin sayang & moga berkekalan smpai ke Syurga.

Sambung Stadi VS Kerja

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, selesai sudah belajar Degree di UNIMAS.

Dah 3 tahun berlalu,
Rasa cam dah tua..

Memang 3 tahun tu bunyi je lama, tapi bila diikutkan hati.
Sekejap je kalo ingat balik.

Masa first Year,
Masa 2nd Year,
Dan Final Year..

Setiap tahun, setiap semester ada sahaja cabaran hidup..
Tetapi aku bersyukur ada kawan yg membantu.


Okeh, sekarang ni dah selamat smpai ke rumah.
Tapi ada cabaran yg hebat menunggu..

Nak kerja ke atau Sambung belajar??
Hampir semua lepasan U akan mengalami dilema yg sama..

Sebenarnya ada lg satu hajat, tapi yg tu biarkan dulu.
Ekonomi belom stabil, kang naya anak orang nanti..


Bt masa sekarang antara dua nih,
Nak Stadi atau Kerja??


Permata yang dicari..

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



Lagu ini mewujudkan harapan dalam diri ni..
Ingin mencari yang mencintai-Nya bukan sekadar mencintai seseorg manusia..

Wallahualam..

Ketakutan VS Harapan

Assalamualaikum..

Selepas sekian lama..
Baru ad masa utk post..

Persoalannya,
Mahu mendekatkan seseorang dengan Islam?

Xkira lah samaada orang non-muslim yang mahu menyelami Islam atau muslim yg rasa dirinya terpesong dan mahu kembali kepada Islam yg sebenar...

Mana cara yang terbaik?
Untuk menasihati dan menegur?

SITUASI 1: WANITA YG TIDAK MENUTUP AURAT

TEGURAN 1 : 
"Kau tak takut ke??
Hot memang hot tapi hot lg neraka tu, ko nak jadi ahli neraka ke pakai camtu??"

 “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”
(Riwayat Muslim)

TEGURAN 2 : 
"Aku tahu kau pakai camtu untuk bt org suka tapi adakah lg bagus kalo kita pakai pakaian yg disukai Allah?"

"Allah suka orang yg menutup aurat.
Jadi jom usaha untuk menutup aurat..
Mula dengan rambut dgn memakai tudung
Selepas itu baju yg tidak ketat dan menampakkan susuk tubuh
& seterusnya kita bincang nanti.."

Step by step, kita cuba dekatkan diri dengan Allah dgn berpakaian yg baik & menutup aurat..

Kan kita tahu, "Seindah-indah perhiasan dunia ialah wanita yg solehah"
Antara wanita yg solehah adalah wanita yg menutup aurat, jadi xsalah kita cuba mendekati untuk menjadi wanita yg solehah..

Dalam konsep seorg wanita menegur saudara wanita yg lain
(Ini cara yg digalakkan)

PENDAPAT BERKENAAN DUA-DUA TEGURAN
Memang tidak dinafikan dua2 teguran ingin menyeru saudari tersebut untuk menutup aurat yg bezanya cuma cara..

TEGURAN 1:
Mungkin itu adalah jalan yg paling mudah, tapi adakah itu cara yg terbaik??
Isi hati manusia hanya Allah yg tahu.
Kita tidak tahu sebab musabab dia menjadi demikian.
Mungkin terdetik dalam hati dia untuk berubah tetapi apabila ditegur demikian, dia makin konfius dan membatalkn niat dia.

Dia juga mungkin tidak mendengar teguran yg nk disampaikn kerana dipenuhi dgn perasaan marah.
Jadi teguran anda mgkin sia-sia.

Adakah kita menegurnya dengan gaya menghukum atau menasihatnya secara berhikmah..
Mungkin secara tidak sengaja kita menghukum org lain dengan mengingati tentang hukuman Allah terhadap kesalahan yg dilakukan, Walhal, dia mungkin masih mampu untuk berubah walaupun seteruk mana perangai dia. 
TEGURAN 2:
Si dia mungkin akan berdiam diri, atau ad sedikit melawan tetapi motif teguran kita bukan untuk menyuruh dia berubah on the spot. Kita mengharapkan supaya apa yg kta bgtahu akan terlintas dalam fikirannya dan membuatkan dia berfikir.

InsyaAllah, dia akan berubah..Hidayah kan milik Allah

Sama-sama kita doakan agar diberi hidayah.
KESIMPULAN

Masih banyak cara yg baik n produktif untuk menegur, jadi cuba elakkan jalan yg mudah..
Ingat bila-bila masa sahaja seorang hamba boleh bertaubat & diampunkan dosa-dosa.

Kita sebagai manusia xberhak untuk menjadi batu penghalang pada mereka dari pintu taubat.Bukan kita yg tentukan taubat itu diterima atau tidak, hanya Allah sahaja yg tahu..

Ad satu kisah yg menarik yg boleh dijadikan panduan...

Mengisahkan berkenaan cucunda Baginda Muhammad s.a.w, Saidina Hasan dan Saidina Husin telah menegur seorang pakcik tua, di mana pakcik tersebut telah melakukan kesilapan dalam wudhuknya, kiranya wudhuk pakcik itu kurang sempurna,ada anggota wudhuk yang tidak dibasuh dengan betul.

Kita sebagai umat Islam, Jika ternampak saudara kita melakukan kesilapan di depan mata kita, hendaklah kita menegur mereka..

Oleh itu, Saidina Hasan dan Saidina Husin mendapat idea untuk menegur pakcik itu dengan cara yang berhikmah..

Begini caranya:
Mereka berdua berpura-pura bertikam lidah..

Saidina Hasan berkata: Wudhuk saya sempurna,wudhuk kamu yang salah dan banyak yang tidak sempurna
Saidina Husin Pula Berkata: Tidaklah,Wudhuk saya betul,sudah sempurna, wudhuk kamu yang salah

Pertelingkahan mereka berdua didengari pakcik tadi,dan Pakcik tersebut menegur mereka,cuba meleraikan kekusutan yang terjadi

Pakcik Tua: Ok2, cuba kalian ambil wudhuk semula,biar pakcik yang tengok dan pastikan..sama ada wudhuk siapa yang sempurna,dan wudhuk siapa yang tidak sempurna

Saidina Hasan dan Saidina Husin pun mengambil wuduk,dan kedua-duanya mengambil wudhuk dengan sempurna

Pakcik Tua: Urmm...(Ak yg silap rupanya)
Terima kasih..
(Terus berwuduk dgn cara yg betul)

Lihat~
Mereka menegur tapi bukannya dengan cara menghina pakcik tua itu. 
Mereka menegur tapi bukan dengan cara mengherdik dan menjatuhkan maruah pakcik itu
dan Alhamdulillah pakcik itu dengan senang hati, menerima teguran itu.
Kerana Teguran yang Berhikmah.


Wallahualam..
Kredit : najasyakila

Friday, March 29, 2013

Surat buat bakal Zaujahku..

Nasib ala nasib..
Terjumpa satu artikel dari Semangat Remaja...

Sambil2 buat esaimen, terbaca la blog tersebut...

Tajuknye, "Surat Cinta Untuk Bakal Isteri"

Isi surat tuh mmg romantis abis...

buatkan kmk mau karang sigek surat buat si Dia...


Wahai bakal zaujahku,

Daku harap kamu setia menunggu, kerna ku jua sabar menunggumu..
Hanya masa yg menentukan. Kita mungkin sudah bertemu dan juga mungkin tidak pernah lagi wujud dalam kehidupan masing2. Tapi suatu hari nanti kita akan ditemukan dan pada masa itu, aku akan bersedia untuk menerima mu sepertimana kamu menerimaku..

Wahai bakal zaujahku,

Ku berharap kamu tidak terlalu open dengan lelaki lain & juga berhati2 la semasa menguplod gmbar2 mu di Facebook. Moga banyak kebaikan daripada keburukan. Ingatlah wahai zaujahku, bahwa dosamu akan dipikul oleh kedua ibubapamu & jika kita dijodohkan bersama, dosa kamu jua akan dipikulku.

Wahai bakal zaujahku,

Aku mungkin masih tidak mampu menyara hidupmu buat masa ini tetapi aku percaya kepada ya Allah. Jika kita diijabkabulkan, pintu rezeki akan terbuka...InsyaAllah.
Buat masa ini, izinkan aku mengenali keluargamu kerna mereka jua bakal keluargaku.

Wahai bakal zaujahku,

Aku hanya mahukan seorang zaujah yang dapat menerimaku seadanya dan dapat mengharungi kehidupan bersamaku sehingga ajalku tiba.. Yang sanggup menjaga dan mendidik anak kita bersama dan juga ibuku. Kerna Ibuku adalah wanita yang ku sanjungi dan selepas itu adalah kamu. Daku harap kamu memahami keadaanku dan membantu ketika ku dalam susah dan juga senang.

Wahai bakal Zaujahku,

Tika perkahwinan kita nanti, bermula lah kehidupan kita bersama..satu hubungan yang Halal dan dirahmati Allah S.W.T. SubhanaAllah, beruntungnya kita..

Daku ingin menjadi imam mu ketika kita solat, daku jua ingin menjadi lelaki yang memujukmu ketika kamu merajuk..Tidak salahkan? :)

Jika umurku panjang, ku mahu tua bersamamu...


Ahlan Wasahlan Ya Sahabat


ASSALAMUALAIKUM WABARAKATUH...

Selamat Datang/Ahlan Wasahlan Ya Sahabat..
Blog ini berkisar tentang hamba Allah seorang nih...

Kmk hanya maukan pendapat dan juga ujian2 ini dijadikan iktibar.. InsyaAllah..

Kenak bnyk jenis bahasa yg digunakan??

Bak kata dua orang pemuda Muslim (M & F), "Bahasa boleh menyatukan kita"...
Macam Celcom, "Connecting People"...hehe

Bersyukur dapat belajar selama 3 tahun di Sarawak...Walaupun pada mulanya, keberatan untuk pergi.
Setelah menjadi mahasiswa selama 2 tahun lebih...Baru terbuka hati, Alhamdulillah..

Bak kata urang tua, "Tak kenal maka tak Cinta"
Bak kata pemuda pula, "Tak kenal maka Tak'ruf"..
Haa..dah dekat2 la tu..

Hidup di negeri orang ini betul2 penuh dugaan...
Harus selalu berhati-hati & banyakkan bersabar...

Wallahualam...

p/s-kmk bkn urg Sarawak, kmk urg Kelate....