Friday, March 29, 2013

Surat buat bakal Zaujahku..

Nasib ala nasib..
Terjumpa satu artikel dari Semangat Remaja...

Sambil2 buat esaimen, terbaca la blog tersebut...

Tajuknye, "Surat Cinta Untuk Bakal Isteri"

Isi surat tuh mmg romantis abis...

buatkan kmk mau karang sigek surat buat si Dia...


Wahai bakal zaujahku,

Daku harap kamu setia menunggu, kerna ku jua sabar menunggumu..
Hanya masa yg menentukan. Kita mungkin sudah bertemu dan juga mungkin tidak pernah lagi wujud dalam kehidupan masing2. Tapi suatu hari nanti kita akan ditemukan dan pada masa itu, aku akan bersedia untuk menerima mu sepertimana kamu menerimaku..

Wahai bakal zaujahku,

Ku berharap kamu tidak terlalu open dengan lelaki lain & juga berhati2 la semasa menguplod gmbar2 mu di Facebook. Moga banyak kebaikan daripada keburukan. Ingatlah wahai zaujahku, bahwa dosamu akan dipikul oleh kedua ibubapamu & jika kita dijodohkan bersama, dosa kamu jua akan dipikulku.

Wahai bakal zaujahku,

Aku mungkin masih tidak mampu menyara hidupmu buat masa ini tetapi aku percaya kepada ya Allah. Jika kita diijabkabulkan, pintu rezeki akan terbuka...InsyaAllah.
Buat masa ini, izinkan aku mengenali keluargamu kerna mereka jua bakal keluargaku.

Wahai bakal zaujahku,

Aku hanya mahukan seorang zaujah yang dapat menerimaku seadanya dan dapat mengharungi kehidupan bersamaku sehingga ajalku tiba.. Yang sanggup menjaga dan mendidik anak kita bersama dan juga ibuku. Kerna Ibuku adalah wanita yang ku sanjungi dan selepas itu adalah kamu. Daku harap kamu memahami keadaanku dan membantu ketika ku dalam susah dan juga senang.

Wahai bakal Zaujahku,

Tika perkahwinan kita nanti, bermula lah kehidupan kita bersama..satu hubungan yang Halal dan dirahmati Allah S.W.T. SubhanaAllah, beruntungnya kita..

Daku ingin menjadi imam mu ketika kita solat, daku jua ingin menjadi lelaki yang memujukmu ketika kamu merajuk..Tidak salahkan? :)

Jika umurku panjang, ku mahu tua bersamamu...


No comments:

Post a Comment